Pages

Thursday, May 9, 2013

Sherry Ibrahim Minta Tidak Dikaitkan Dengan Ashraf Muslim

sherry Ibrahimashraf 1

Sejak hubungan mereka terputus kira-kira empat tahun lalu, Sherry Ibrahim memohon namanya tidak lagi dikaitkan dengan pelakon Ashraf Muslim.

Menurut Sherry, dia juga enggan dikaitkan dengan kontroversi yang mendakwa Ashraf yang juga pengamal perubatan Islam itu akan berkahwin lagi memandangkan urusan itu tiada kaitan dengan dirinya.
"Jujurnya, saya tidak membaca gosip-gosip di media dan saya tidak mahu mengambil tahu tentang perkara itu.
"Apabila pihak media meminta saya komen tentang isu Ashraf mahu kahwin dua, saya tak boleh nak komen sebab ia tiada kaitan dengan diri saya.
"Lagipun itu hal adalah urusan rumah tangga dia yang saya rasa ia tidak elok untuk saya memberi sebarang pandangan," katanya.
Sherry ditemui pada pelancaran drama arahannya iaitu Teduhan Kasih di Sri Pentas TV3 di sini, Rabu (semalam).
Baru-baru ini, Ashraf dikatakan telah ke mahkamah Syariah untuk mengambil borang permohonan berpoligami.
Bagaimanapun Ashraf enggan memberi komen tentang hal tersebut tetapi sebuah akhbar pada Rabu melaporkan seorang wanita bernama Sakinah telah mendedahkan bahawa isteri pelakon tersebut iaitu Noor Dayana Lokman, 26, sudi untuk bermadu.
Ashraf telah bernikah dengan Noor Dayana pada 30 Ogos 2011 di Mekah, Arab Saudi. Menurut Sherry lagi, dia berharap dirinya tidak dikaitkan lagi dengan aktor itu lebih-lebih lagi dia kini sudah pun memiliki kekasih.
Katanya, kekasihnya itu merupakan seorang lelaki Mauritius yang dikenalinya ketika bertugas sebagai pramugari sejak setahun lalu di syarikat penerbangan Qatar Airways.
"Saya sudah ada kekasih dan kami telah menjalinkan hubungan sejak setahun lalu.
"Bagaimanapun saya tak boleh nak ceritakan siapa dia. Cukuplah yang orang tahu saya sudah berpunya

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...