Akibat sering pulang ke rumah dalam keadaan mabuk sehingga membahayakan nyawa jiran, seorang lelaki ditahan polis di Simpang Ampat,
Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, suspek berusia 44 tahun dilihat dalam keadaan mabuk masuk ke dalam rumahnya, sebelum keluar semula dengan memegang sebilah kapak dan mengacu kepada penduduk bersebelahan rumah.
Menurut sumber, ketika kejadian, suspek yang baru balik kerja dalam keadaan mabuk berjalan masuk ke dalam rumah sambil terjerit-jerit melemparkan kata-kata kesat terhadap jiran.
“Suspek kemudiannya keluar semula berlegar di halaman rumah dengan mengacukan kapak ke arah seorang warga emas sambil menghamburkan perkataan tidak elok serta mengugut bunuh.
“Seolah diserang histeria, suspek jerit ‘aku kerat-kerat kau, aku bunuh kau’ sebelum suspek menetak dinding luar rumah dan tiang rumahnya bertubi-tubi guna kapak pada tangannya,” katanya.
Menurut sumber, lebih menjijikkan apabila suspek yang masih bujang itu bertindak membuang air kecil di hadapan jiran-jiran tanpa rasa malu sebelum ibu suspek berusia 73 tahun keluar mendekatinya.
“Ibu suspek cuba menenangkan suspek dan minta supaya meletakkan kapak yang dipegang dan suspek menuruti sebelum ibu suspek mengambil senjata tajam itu dan letak dalam sangkar,” katanya.
Kata sumber, suspek yang bekerja di sebuah kebun berdekatan disedari sering mabuk sejak kira-kira tiga tahun lalu dan kerap pulang dari tempat kerja pada petang hari dalam keadaan mabuk.
“Adakala kedengaran suspek menumbuk dinding rumah dengan kuat sambil terjerit- jerit memaki hamun, malah suspek pernah bertindak mengugut bunuh ke arah ibunya,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Sementara itu, warga emas terbabit, Chendoh Hashim, 85, berkata, dia yang sedang berehat di beranda rumah terkejut dan ketakutan apabila melihat jirannya itu tiba-tiba mengamuk mengacukan kapak ke arahnya.
“Dalam keadaan panik, saya pula tak kuat nak berjalan ditenangkan anak yang turut ada di luar rumah kerana bimbang jika dia bertindak lebih ganas dengan membaling kapak ke arah kami.
“Ini bukan kali pertama dia bertindak sedemikian hingga membuatkan jiran takut, malah seminggu lalu juga dia mengamuk dengan sebilah parang,suspek ditahan polis di hadapan rumahnya.
No comments:
Post a Comment