Pages

Monday, May 20, 2013

Pasangan Kena Tangkap Khalwat Bersama Shah Jazle Dibongkarkan

tangkap-khalwat-shah-jaszleShah Jazle terpaksa menerima kutukan hebat dan menerima malu besar dari peminat setelah dikritik hebat tentang perbuatannya yang …

terkutuk apabila pihak JAIS mengumumkan berita penangkapan Shah Jazle pada 17 Mei 2013. Boleh rujuk artikel disini Shah Jaszle Di Tangkap Khalwat Jam 3.30 Pagi

Ramai Blogger dan Peminat pelakon ini tertanya tanya siapakah yang berkelakuan sumbang bersama Shah Jazle setelah kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), dalam kenyataan itu ditulis mereka berdua ditangkap di sebuah apartment yan terletak di Subang. Tangkapan itu dibuat hasil daripada aduan ramai orang. Persoalannya adakah perbuatan ini telah lama dilakukan tanpa diketahui oleh tunangnya?
Apa yang menimbulkan tanda tanya dari orang ramai, dengan siapa Shah Jaszle ditangkap, ianya tidak pula disebut di dalam kenyataan akhbar tersebut? Secara tidak langsung, ia membuatkan peminat tertanya-tanya mengapa pihak JAIS tidak menyebut nama pasangannya itu?

Adakah pasangannya golongan dari V.I.P, artis, artis vetaran, golongan biasa atau pelakon yang baru nak meningkat popularitinya?

Kerap kali kita membaca dari keratan akhbar, kalau pasangan yang ditangkap berkhalwat itu sama-sama beragama Islam, kedua-duanya akan didakwa oleh pihak JAIS. Tetapi mengapa hanya nama pelakon Shah Jaszle sahaja dipaparkan dimuka media massa.

Oleh itu ramai yang tertanya tanya adakah penangkapan itu bersama tunangnya atau pun orang lain?

Apa yang pasti, isu Shah Jaszle ditangkap khalwat ini nampaknya telah menimbulkan spekulasi dan spekulasinya tersendiri tentang siapakah perempuan yang kena tangkap khalwat dengan Shah Jaszle itu?

Bagaimanapun ramai bertanyakan bahawa, pasangan yang ditangkap bersama Shah Jazle bukan dengan tunangnya sendiri. Ini kerana dikhbarkan bahawa tunangnya bakal menjamin shah jazle sekiranya shah jaszle benar benar bersalah.

Apa pendapat anda semua, wajarkah hentaman ini dikenakan pada sebelah pihak sahaja iaitu pasangan lelaki. Bagaimana pula dengan pasangannya? Kita tunggu maklum balasnya nanti..

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...