Pages

Monday, May 20, 2013

Aliff Aziz Kuburkan Cincin Untuk Lupakan Kekasih Lama

download (2)Bagi mereka yang bercinta kemudian putus cinta, apa yang anda buat untuk melupakan pada si dia dan cinta yang tidak berpanjangan itu? Anda bakar gambar atau barang kenangan sewaktu bersama si dia dulu? atau campak terus kat laut? Lain orang, lain caranya….

. Bagi penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, dia mengambil langkah melupakan kisah cinta silam dengan menanam dua bentuk cincin yang pernah menjadi tanda ikatan cintanya dengan bekas kekasih.

Minggu lalu, Aliff telah memuat naik foto dua bentuk cincin yang mahu ditanamnya dengan kapsyen berbahasa Inggeris, ‘Time to bury something that means nothing to me now. Moving on..R.I.P (Rest In Peace)’ pada laman Instagram miliknya.

Bercakap kepada mStar online, pemuda berusia 22 tahun itu berkata, dia menanam cincin tersebut sebagai menghormati zaman percintaannya dengan bekas kekasih (yang enggan didedahkan namanya) dan ia juga sebagai cara bagi melupakan kenangan-kenangan manis bersama.

alif 2

“Saya seorang yang sangat menghargai setiap perhubungan yang dijalinkan dan tidak akan buang cincin dalam tong sampah seolah-olah hubungan itu langsung tidak bernilai.

“Jadi saya ambil pendekatan menanam kedua-dua cincin tersebut bersama-sama dengan memori lama untuk memulakan hidup baru.

“Sedikit sebanyak dengan cara ini ia dapat melegakan hati ini. Saya sifatkan kegagalan cinta lalu sebagai proses pelajaran untuk menjadi lelaki lebih sempurna,” kata penyanyi yang popular dengan lagu Jangan Ganggu Pacarku ini.

Aliff juga berharap foto yang dimuatkannya itu tidak memberi gambaran negatif kepada mana-mana pihak yang merasakan dirinya sengaja ingin mencari publisiti murahan, sebaliknya laman sosial itu merupakan tempat dia meluahkan perasaan hati, untuk berkongsi bersama peminat-peminat.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...