Pages

Thursday, May 9, 2013

Nasi goreng santapan akhir

image (1)PONTIAN –

“Saya tidak sangka tindakan arwah makan nasi goreng yang saya masak petang itu adalah hidangan terakhir sebelum dia meninggalkan kami buat selama-lamanya.

Demikian luahan Azrat Anjan, 50 menceritakan tindakan anak ketiga dari lima beradik Mohd Hidder, 20, yang maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan dua motosikal lain di Jalan Parit Ibrahim, Benut,.
Kejadian kira-kira jam 9 malam itu menyebabkan mangsa yang dalam perjalanan dari Pontian ke Benut, meninggal dunia di tempat kejadian.
Nasib sama turut dialami penunggang motosikal Muhammad Esma Shahnizam Jamal, 20, yang  dalam perjalanan ke Pontian, meninggal dunia di Klinik Kesihatan Benut yang terletak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.
Manakala seorang lagi penunggang motosikal, Riyan Bachok dilaporkan cedera parah dan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.
Azrat yang juga seorang nelayan berkata, dia terkilan kerana tidak sempat melihat anaknya itu buat kali terakhir.
“Sebelum itu, saya sempat memasak nasi goreng kegemaran Hidder. Saya tengok dia makan dengan bersungguh sehingga tidak menghiraukan orang yang lalu di sebelahnya,”Mohd Hidder yang bekerja sebagai pekerja kilang di sebuah kilang elektronik

Sementara itu bagi bapa Muhammad Esma Shahnizam, Jamal Mohd Noh, 44, menyifatkan anak sulung dari enam beradik itu sangat bertanggungjawab dan rajin mencari rezeki bagi membantunya.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...