Pages

Friday, May 31, 2013

Ibu hamil kembar lima

du_03.1Seorang wanita berusia 23 tahun, Alexandra Kinova dijangka melahirkan anak kembar lima

di sebuah hospital di sini pada Ahad ini.

Menurut laporan akhbar dalam talian MailOnline semalam, dia akan menjalani pembedahan untuk melahirkan anak kembar lima itu.

Kinova juga merupakan wanita pertama di Republik Czech yang hamil kembar lima tanpa menjalani rawatan kesuburan.

Dia sebelum ini telah mempunyai seorang anak lelaki.

Bagaimanapun, Kinova hanya menyedari bahawa dia hamil kembar lima pada bulan lalu.

Pada mulanya, doktor menyatakan dia akan hanya melahirkan anak kembar.

Namun, pada Mac lalu, beberapa kakitangan di Institut Penjagaan Ibu dan Kanak-Kanak di sini menyatakan, dia hamil kembar empat.

Sebulan kemudian, dia akhirnya didapati mengandung anak kembar lima.

Kinova berkata, dia berasal dari keturunan yang melahirkan anak kembar.

Dia juga merancang un-tuk menyusukan semua anak-anaknya itu.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...