Pages

Friday, May 24, 2013

Fauzi Marzuki Ceraikan Isteri Talak Satu

8810089660_b00820b311_oSebelum ini, penceraian artis vateran seperti Datuk Aziz Satar dengan isterinya kini giliran Fauzi Marzuki pula

mengenai pasangannya.

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di Taman Keramat di sini pada Khamis, mengesahkan perceraian komposer terkenal, Fauzi Marzuki serta pasangannya Hashimah Ramli, dengan talak satu.

Menurut laporan, Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin, membuat keputusan itu selepas memutuskan bahawa mahkamah berpuas hati bahawa penyataan cerai yang dilafazkan Fauzi, 58, kepada Hashimah, 44, memenuhi rukun dan syarat talak.

Shaiful berkatam lafaz cerai itu berbunyi: “Mulai hari ini, saya Fauzi Marzuki ceraikan Hashimah Ramli dengan talak satu.”

Dalam pada itu, beliau memutuskan kenyataan cerai Fauzi yang telah dilafazkan pada Mac lalu di hadapan dua orang saksi di kediaman pasangan tersebut di Bukit Antarabangsa sekaligus menyebabkan gugurnya talak satu.

Hashimah juga diperintahkan supaya melalui proses edah sebanyak tiga kali suci.
Selain itu, pasangan berkenaan hendaklah mendaftarkan perceraian itu di pejabat pendaftar mahkamah dan sijil nikah mereka perlu dibatalkan.

Penulis berharap semoga segala perjalanan penceraian ini berjalan dengan lancar

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...