Pages

Monday, May 27, 2013

Anak Dara' Berusia 107 Tahun Ini Sedang Mencari Calon Suami Untuk Dikahwini

Wang Guiying_billyinfo2Wanita berusia 107 tahun dari China, Wang Guiying, masih dara.  kini dia sedang mencari calon suami pertamanya.

Wang lahir di Wilayah Guizhou Selatan, anak kepada seorang pedagang garam. Dia dibesarkan dengan melihat lelaki lain memarahi dan memukul isteri masing-masing. Inilah yang membuat Wang takut untuk berkahwin.
"Perkahwinan terlalu menakutkan," ujar Wang.
"Saya sering melihat isteri rakan-rakan saya menangis di gudang kayu setelah disiksa.Semua orang yang ada di sekitar saya hidup seperti itu".

Demi mencari calon suami, Wang meminta bantuan saudara-maranya dari yang termuda hingga yang berusia 60 tahun. Ada beberapa syarat diletakkan oleh Wang. Pertama, Wang tak mencari cinta yang singkat. Dia mencari suami yang boleh berbicara dan tahu tentang daerah asalnya.
Kedua, Wang menginginkan lelaki yang boleh membantunya bergerak dan melakukan tugas-tugas kerana pada usia 102 tahun kakinya patah dan berhenti melakukan pekerjaan rumah tangga seperti mencuci pakaian.

Bagaimana, ada yang berminat?

Sumber-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...