Gara-gara memanggang seekor kucing liar dalam ketuhar gelombang mikro, seorang remaja dipenjara 22 minggu,
Jamie Blake didapati bersalah membunuh kucing itu ketika dia di bawah pengaruh dadah.
Dalam keterangannya, Blake, 19, berkata dia bertengkar dengan kucing
berkenaan selepas haiwan berkenaan memberitahu, bekas pasangan ibu
tertuduh - kini meninggal dunia - menyuntiknya dengan heroin. Selepas
memanggang kucing itu selama tiga minit, Blake bergurau mengenai insiden
itu dengan penduduk setempat di Thetford, Norfolk.
Pendakwa, Nikki Miller, berkata Blake mentertawakan kematian kucing berkenaan.
“Walaupun pada awalnya penduduk di situ tidak percaya, mereka akhirnya
yakin Blake memanggang kucing di dalam ketuhar gelombang mikro dan
melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa,” katanya. Bangkai kucing
itu ditemui dalam tong sampah bersama ketuhar gelombang mikro berkenaan.
Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan Blake menangkap kucing itu
dan membawanya masuk ke rumah kira-kira jam 10.25 malam pada 27
September lalu. Dia kemudian dilihat keluar dari biliknya membawa beg
dipercayai berisi bangkai kucing berkenaan.
Ketuhar gelombang mikro itu dibuang Blake sehari kemudian. Siasatan
pihak berkuasa menemui bulu kucing dan pelbagai kesan haiwan berkenaan
dalam ketuhar itu.
Petugas pusat kesihatan haiwan mengesahkan kucing berkenaan dipanggang sehingga mati.
Sumber
No comments:
Post a Comment