Pages

Sunday, September 2, 2012

Pencuri maut dibelasah pelajar



ALOR SETAR - 
Seorang lelaki maut tujuh jam selepas dibelasah sekumpulan pelajar bila menyedari dia memecah masuk asrama sebuah sekolah agama persendirian awal pagi semalam....
Mangsa dipukul lebih dari tiga orang bila perbuatannya itu disedari sekumpulan pelajar.

Mereka kemudiannya menahan mangsa dan bertanyakan tujuan dia berada di kawasan berkenaan.



Pemeriksaan terhadapnya menemui beberapa barang milik pelajar yang dipercayai dicuri mangsa, kemudiannya berlaku salah faham antara mereka.
 berlaku sedikit pertikaman lidah hingga mangsa dibelasah kumpulan pelajar berkenaan menyebabkan mengalami beberapa kecederaan pada bahagian badan.

kumpulan pelajar tempatan berumur lingkungan awal 20-an itu menahan suspek berumur 35 tahun kira-kira jam 6 pagi sebelum berlaku pergelutan hingga mengakibatkan pergaduhan antara mereka.

“Suspek mengalami kecederaan dalaman dengan patah tulang rusuk dan disahkan meninggal dunia sekitar jam 2 petang.
buat sementara waktu kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan atas kesalahan kes pecah rumah.

“Berdasarkan rekod, suspek mempunyai empat kes jenayah sebelum ini pada tahun 2006 dengan satu kes curi dalam kediaman serta tidak dapat memberi keterangan.


Sumber : Sinar

1 comment:

  1. Dasar pencuri..., lepas dari tahanan mencuri lagi...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...