Pages

Wednesday, September 19, 2012

Pandelela, Wendy teruja hari pertama di UM



KUALA LUMPUR - Ratu terjun negara, Pandelela Rinong kembali ke ‘alam persekolahan’ semalam, dengan diselubungi rasa teruja bercampur cemas.Mana tidaknya, ia adalah kali pertama gadis Bidayuh berusia 19 tahun itu kembali belajar selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua tahun lalu.....

Bersama rakan sebaya yang juga penerjun kebangsaan, Wendy Ng Yan Yee, mereka melapor diri pada hari pertama sebagai penuntut jurusan Sains Sukan di Universiti Malaya (UM).
“Gembira, teruja dan cemas. Gembira kerana akhirnya bergelar mahasiswi, teruja kerana dapat mengenali rakan-rakan baru dan melalui kehidupan harian baru, maklumlah kena belajar balik selepas dua tahun meninggalkan SSBJ (Sekolah Sukan Bukit Jalil)," kata Pandelela ketika ditemui di Pusat Sukan UM di sini, semalam.
Bagi semester pertama, Pandelela dan Wendy tidak perlu ke kelas lima hari seminggu, sebaliknya hanya dua hari iaitu Selasa dan Khamis.
“Kami telah diberi taklimat mengenai modul semester ini dan kami rasa tiada banyak masalah untuk membahagi masa antara latihan dan belajar. Kami akan cuba sesuaikan diri secepat mungkin," kata Pandelela.
Pemenang pingat perak Sukan Asia Guangzhou 2010, Wendy, ditanya kenapa dia juga memilih Sains Sukan berkata: “Dapat belajar di UM yang merupakan universiti terulung negara adalah satu kebanggaan, lagi pun semasa di SSBJ, kami sudah dibiasakan dengan bidang Sains Sukan, jadi apabila ditawarkan saya bertanya kepada diri sendiri kenapa tidak?"
Pandelela dan Wendy bukan kumpulan atlet terjun pertama yang menuntut di UM kerana senior mereka, Bryan Nickson Lomas juga merupakan mahasiswa di institut pengajian tinggi awam berkenaan.
Sementara itu, Pengarah Pusat Sukan UM, Dr. Mohd. Salleh Aman mengalu-alukan dua penerjun Olimpik negara itu yang disifatkan sebagai aset negara sebagai mahasiswi UM.
“Perancangan kami untuk Pandelela dan Wendy sangat fleksibel, mengikut keperluan latihan mereka sebagai atlet kebangsaan.
“Mereka tetap akan belajar sama modul seperti lain-lain penuntut, tiada keistimewaan cuma pendekatannya berbeza.
“Apabila tiba masanya untuk membuat persiapan ke kejohanan penting, mereka akan diberi pelepasan daripada menghadiri kelas tetapi pensyarah kami akan berkunjung ke MSN (Majlis Sukan Negara) untuk mengajar mereka,
Sumber : utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...