Pages

Wednesday, September 19, 2012

Banduan bergari terlepas

KUANTAN - Tiga anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu parah selepas kereta yang dinaiki mereka dalam perjalanan menghantar seorang banduan ke Penjara Penor, dekat sini, terbabas sebelum merempuh belakang sebuah lori yang berhenti di tepi jalan...
.Lelaki itu bertindak agresif menyerang pemandu dalam cubaannya meloloskan diri, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi di Jalan Pintasan Kuantan berhampiran Taman Datuk Rashid itu, banduan terbabit, Roslan Ismail, 32, yang dijatuhi hukuman penjara   8 tahun dan 10 sebatan kerana kesalahan memiliki dadah di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 berjaya meloloskan diri dengan tangan bergari, bagaimanapun tiada sebarang senjata api dilarikan.

Orang awam yang kebetulan menyaksikan kejadian cuba mengejar banduan tersebut selepas salah seorang anggota polis yang cedera menjerit meminta bantuan supaya menangkapnya bagaimana pun lelaki yang dipercayai sudah berumah tangga dari Terengganu itu  berjaya menghilangkan diri di kawasan hutan berhampiran

Pemandu kereta, Lans Koperal Filyx Saver, 25, patah paha kanan manakala dua anggota pengiring, Konstabel Zulkhairi Ramli, 24 cedera di leher dan Koperal Rashid Ahmad, 51 cedera pergelangan tangan serta pinggul.

Dalam kejadian itu, pemandu lori, Mohd Zamri Abdul Kadir, 25,  yang sedang membaiki tayar lorinya  di tepi jalan cedera betis.

Semua mangsa yang parah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk rawatan manakala pemandu lori hanya menerima rawatan pesakit luar.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, usaha menjejaki banduan itu digerakkan melibatkan kira-kira 50 anggota pelbagai cawangan,  termasuk  Unit Anjing Pengesan (K9) dan  Pasukan Gerakan Am (PGA)  meliputi hutan berhampiran.

Menurutnya, polis turut menjalankan Ops Tutup melibatkan laluan di sempadan negeri dan daerah serta beberapa sekatan jalan bagi mengesan lelaki tersebut.

“Usaha kesan banduan itu diteruskan dan percaya bersembunyi kawasan sekitar,” katanya. Bagaimanapuyn, sehingga jam 7 petang semalam, lelaki itu masih diburu.
Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...