Pages

Sunday, September 2, 2012

Maut 'disondol' seladang


IPOH - Hasrat tiga sekawan menghabiskan cuti Hari Kemerdekaan bertukar tragedi bila salah seorang dari mereka maut akibat 'disondol' seladang di Hulu Air Pasir, Banding, Gerik malam tadi.....

Kejadian itu berlaku ketika Musa Ismail, 56, bersama rakannya, Isa Abdullah, 24, dan Mohd Sharifudin A Manas, 35, dipercayai masuk ke Taman Negeri Royal Belum, tanpa kebenaran, melalui 'lorong tikus' jam 3 petang semalam.

 siasatan awal mendapati ketiga-tiga lelaki berkenaan masuk ke hutan tersebut melalui jalan di Kilometer 68.4 Jalan Raya Timur Barat untuk melakukan aktiviti memancing dan memukat ikan.



Musa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di perut.



Isa pula patah kaki dan tangan kiri manakala Mohd Sharifudin tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...