Pages

Monday, September 3, 2012

Makan gaji vs kerja sendiri: Tidak minat makan gaji

image (6)

PEKAN – Pulangan keuntungan lumayan serta minat yang bersungguh-sungguh dalam bidang perniagaan menjadikan Syed Mohammad Faiz Azzemmant, 25, tidak pernah terfikir untuk memegang status ‘makan gaji’ seperti orang lain…..

Bagi pemuda kelahiran Pekan ini, kelebihan sebagai ahli perniagaan berjaya yang dimiliki oleh ibunya, Jamaliah Ismail, 48, wajar diwarisi bagi mengecapi kepuasan dalam bekerja.
Menurutnya, memang sukar untuk membina kerjaya sebagai ahli perniagaan di usia yang terlalu muda namun keazaman yang tinggi membawanya ke puncak kejayaan yang tidak pernah terbayang oleh dirinya sendiri.
“Selepas tamat belajar, saya rajin mengikut ibu menghadiri majlis keramaian atau berkaitan perbincangan perniagaan bagi memastikan diri serasi dengan suasana di samping mengenali ahli-ahli perniagaan yang berjaya.
“Melalui pendedahan yang diterima, saya mengutip pengalaman dan tunjuk ajar yang diberikan oleh mereka selain mempelajari selok-belok dunia perniagaan yang penuh dengan cabaran,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Syarikat Alaf Maju Berhad kini, Syed Mohammad Faiz berkata, pengalaman jatuh bangun beliau sepanjang beberapa tahun lalu bergelar ahli perniagaan muda di dalam bidang perladangan.
“Mungkin ramai yang berminat dengan kerja makan gaji terutamanya sebagai kakitangan kerajaan, tetapi saya memandang ia sebagai satu cabang rezeki untuk golongan yang mahu berkhidmat tanpa perlu memikirkan pelbagai risiko seperti cabaran dan kerugian,” katanya.
Menurut anak ketiga daripada lima adik beradik ini, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat sesuatu keputusan berkaitan perniagaan yang dijalankan namun proses berkenaan membantunya mengasah ketajaman fikiran serta lebih arif dalam membuat penilaian.

S

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...