Pages

Tuesday, September 4, 2012

Lelaki ceroboh hotel dibelasah

ne_05.1

MELAKA – Seorang penjenayah bukan saja kempunan untuk memperkosa seorang jurujual wanita malah nasibnya malang apabila dia dikejar dan ditangkap oleh orang awam selepas menceroboh sebuah bilik hotel bajet di Jalan Melaka Raya 3 semalam….

Dalam kejadian pada pukul 11.45 pagi, suspek yang berusia 20-an menceroboh bilik hotel yang didiami mangsa sejak setahun lalu ketika wanita itu tiada di bilik tersebut.

Mengikut mangsa Wong Siew Hong, 38, dia hanya mengetahui ada penjenayah di dalam biliknya selepas dia masuk ke bilik yang terletak di tingkat dua hotel tersebut setelah selesai makan di sebuah restoran berhampiran.

“Ketika mahu memasuki bilik, saya terkejut melihat kunci bilik saya sudah kena kopak manakala pintunya sedikit terbuka,” kata wanita itu ketika ditemui di tempat kejadian.

Kata Siew Hong, dia memberanikan diri masuk ke dalam bilik tersebut sebelum terperanjat melihat seorang lelaki sedang menggeledah barang-barangnya.

Suspek yang berpakaian serba hitam dan menutup mulut dengan kain terus menerpa ke arahnya dan cuba membuka pakaian Siew Hong seolah-olah mahu merogolnya.

Siew Hong yang berasal dari Johor Bharu berkata, dia yang ketakutan sedaya upaya melawan suspek sebelum suspek menumbuk mukanya beberapa kali di pipi kiri sehingga bengkak.

Dia yang kesakitan kemudian menjerit sekuat hati meminta pertolongan menyebabkan suspek takut lalu melarikan diri meninggalkan bilik hotelnya.

Sumber : kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...