Pages

Wednesday, September 19, 2012

Kena curi di Johor, rentung dibakar di Selangor


JOSEPH ENTULU
KLANG – Polis menemui semula kenderaan rasmi Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu Anak Belaun yang dilaporkan hilang di Seri Alam, Pasir Gudang, Johor pada 2 Jun lalu dalam keadaan rentung Sabtu lepas......

Kereta jenis Proton Perdana Executive menggunakan nombor pendaftaran WRM 1146 itu ditemui di tepi Jalan Akob di sini pada pukul 7.30 malam. Jarak antara dua tempat itu ialah kira-kira 364 kilometer.
Difahamkan, penjenayah bertindak demikian untuk melupuskan bukti dan menyukarkan polis mengesan mereka.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, pihaknya dan bomba bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan oleh orang awam.
Katanya, sebaik api dipadamkan, pihaknya yang memeriksa nombor enjin dan casis kereta itu mendapati ia kereta milik timbalan menteri tersebut yang pernah dilaporkan hilang di Pasir Gudang.
“Kini kes itu disiasat oleh dua daerah iaitu polis Johor mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu curi kenderaan manakala kami pula menyiasat mengikut Seksyen 435 kanun yang sama iaitu melakukan khianat dengan api.
“Kami masih menjalankan siasatan bagi mencari suspek yang terlibat,” katanya di sini.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Balai Polis Daerah Klang Utara di talian 03-3291 2222 bagi membantu siasatan.
Sementara itu, tinjauan Kosmo! di tempat kejadian mendapati kesan terbakar di laluan sunyi yang dikelilingi pokok kelapa sawit itu masih jelas kelihatan.
Laluan itu juga turut dilalui kenderaan lain termasuk lori pengangkut sampah sebagai jalan pintas ke Bukit Kapar.
Dalam pada itu, Joseph Entulu ketika dihubungi terkejut sebaik dimaklumkan mengenai penemuan tersebut.
Katanya, dia percaya penjenayah bertindak sedemikian untuk menghilangkan bukti.
“Saya baru tahu mengenainya (penemuan kereta). Terima kasih kepada orang ramai yang telah menjumpai kereta ini dan saya harap polis dapat menangkap penjenayah terlibat
Sumber : Kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...