Pages

Wednesday, September 19, 2012

Banduan lari selepas kemalangan


Kes polis
KUANTAN 18 Sept. - Seorang banduan nekad melarikan diri dengan bertindak agresif menendang kerusi pemandu kereta polis yang membawanya ke Penjara Penor, mengakibatkan kenderaan itu terbabas dan melanggar sebuah lori rosak di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan dekat Taman Datuk Rashid hari ini......

Tidak ubah seperti adegan lasak dalam filem Hollywood, banduan terbabit, Ruslan Ismail, 32, yang tangannya masih bergari dan memakai baju lokap warna oren mengambil kesempatan meloloskan diri ke arah hutan berdekatan taman perumahan tersebut.
Kejadian berlaku pukul 11.45 pagi ketika penjenayah itu dibawa oleh tiga anggota polis menaiki sebuah kereta dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Berang, Terengganu untuk dibawa ke Penjara Penor.
Sumber : utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...