Bahan-bahan (5-6 orang)
5-6 ketul ayam8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
7 biji cili padi
3-4 batang serai – dititik
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar kerisik
2 sudu besar rempah gulai cap bunga rose / serbuk kari
1 sudu besar gula Melaka
1 mangkuk santan
5 helai daun kunyit
5 helai daun limau purut
Garam dan gula
Cara-cara
- Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit dan cili padi.
- Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang telah dikisar dan serai.
- Masukkan cili kisar, rempah cap bunga ros, gula Melaka, kerisik dan santan. Kacau sehingga sekata, kemudian masukkan ayam.
- Masukkan daun kunyit, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat.
No comments:
Post a Comment