Bahan-bahan (sambal) 5-6 orang
15 ulas bawang merah2 ulas bawang putih
1 inci halia
10 tangkai cili kering
3 batang serai – diketuk
2 sudu minyak masak
1/2 inci belacan
4 cawan santan
Garam dan gula
Bahan-bahan (ulam kerabu)
Daun kesum
Bunga kantan
Kobis
Kacang panjang
Taugeh
Bahan-bahan (nasi)
Beras
Pewarna biru (resepi asal guna bunga seri pagi)
Bahan-bahan (ikan)
4 ekor ikan kembung
3 ulas bawang merah
1 sudu besar lada hitam
Garam dan gula
Bahan-bahan (kerisik)
Kelapa parut
Cara-cara
- Untuk sambal – kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering. Tumis bahan kisar dan serai selama 10 minit, kemudian masukkan belacan, santan, garam dan gula. Masak sehingga pekat.
- Untuk ulam kerabu – semua bahan dihiris nipis-nipis kecuali taugeh. Gaul hingga sekata.
- Untuk nasi – masak nasi seperti biasa, cuma tambah pewarna biru.
- Untuk ikan – rebus ikan sehingga lembut. Asingkan isi daripada tulang. Goreng isi ikan dan bawang merah tanpa minyak. Masukkan lada hitam, garam dan gula.
- Untuk kerisi – goreng kelapa parut tanpa minyak sehingga keperangan.
Untuk yang berada di luar negara, tak semua bahan boleh dapat. Tapi boleh guna alternatif lain seperti ikan tuna / sardin ganti ikan kembung.
Kredit : kongsiresepi
sedapnya..salam kenal..jmput follow kmbali :)
ReplyDeletenasi kerabu memang terkenal di negeri kelantan kan..memang sedap..nanti boleh cuba resepi tu :)
ReplyDelete