Pages

Wednesday, December 11, 2013

Kanak-Kanak Maut Tertelan Bateri

Maut-565x425London – Malang tidak berbau. Seorang bayi berusia 13 bulan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan dalaman setelah tertelan..

bateri.

Kejadian dipercayai berlaku ketika Wsam Noorwali berada di pusat asuhan kanak-kanak.

Meskipun Wsam dikejarkan ke hospital oleh bapanya, namun bayi kecil itu gagal diselamatkan.

Selepas hanya sembilan jam dia diiystiharkan meninggal dunia oleh doktor, satu bedah siasat diadakan dan forensik menemui bateri di dalam perutnya.

Perkara itu didedahkan dalam inkues yang diadakan berhubung kematian bayi berkenaan.

Menurut bapanya, Noorwali, dia menemui anaknya dalam kesakitan pada 18 Ogos tahun lalu, ketika Wsam berada di ruang tamu.

Noorwali yang juga seorang penyelidik PhD di Universiti Leicester De Montfort berkata, dia dan isterinya, Fatima kemudiannya membawa anak mereka ke hospital selepas kanak-kanak itu muntah darah.

Keadaan anaknya, kata Noorwali kembali stabil, namun pada pukul 2.30 pagi, kanak-kanak itu muntah, menyebabkan doktor terpaksa memasukkan darah ke dalam badan Wsam.

Beberapa jam selepas itu, Wsam semakin kritikal dan meninggal dunia.

Noorwali memberitahu, biarpun Wsam suka memasukkan benda ke dalam mulut, namun dia tidak melihat kanak-kanak berkenaan memasukkan benda ke dalam mulutnya dalam tempoh beberapa hari itu.

Menurut Noorwali, salah seorang daripada penjaga di pusat asuhan kanak-kanak itu memberitahunya bahawa mereka menemui Wsam bermain berdekatan dengan tong sampah di pejabat pusat asuhan tersebut.
Inkues bersambung

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...