Pages

Wednesday, December 11, 2013

Felda Seberang Tayor Paling Teruk Dilanda Banjir

Felda-Seberang-TayorKEMAMAN – Kawasan Felda Seberang Tayor antara rancangan tanah peneroka agensi itu yang paling teruk dilanda banjir minggu lalu.

Pengurus Besar Felda Seberang Tayor Jamil Abas berkata kawasan rancangan itu yang mempunyai 511 penduduk dengan 132 rumah peneroka, menangung kerugian sepenuhnya apabila semua harta benda mereka tidak dapat diselamatkan disebabkan paras air terlalu tinggi yang mencecah bumbung rumah.

Katanya setakat ini jumlah kerugian keseluruhan yang membabitkan aset Felda dan harta benda yang musnah dialami peneroka dianggarkan berjumlah RM6.8 juta.

“Daripada jumlah itu, kemusnahan harta benda termasuk kerosakan semua rumah peneroka terbabit dianggarkan bernilai RM6.45 juta.

“Rumah peneroka sebanyak 132 rumah ditenggelami air sehingga ke paras bumbung dan ada sesetengahnya tenggelam terus. Disebabkan air yang naik dengan cepat, peneroka juga tidak dapat menyelamatkan satu pun harta benda mereka, kecuali menyelamatkan diri dengan sehelai sepinggang ke pusat pemindahan

purata setiap keluarga peneroka terbabit mengalami kerugian sekitar RM50,000 hingga RM70,000. rancangan tanah persekutuan itu terputus hubungan dengan paras air setinggi 4.5 meter menyebabkan kawasan itu menjadi lautan banjir.

peneroka ditempatkan di tiga pusat perpindahan iaitu di bangunan Gerakan Persatuan Wanita (GPW), dewan sivik dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Felda berkenaan.

Tinjauan Bernama di kawasan Felda itu mendapati air sudah surut tetapi hampir semua rumah rosak dengan tingkap pecah, bahagian dinding rumah dihanyutkan dan apa yang pasti ia memerlukan kos yang besar untuk dibaik pulih.

ketika kemuncak banjir melanda tanah rancangan itu pada 4 Dis lalu, bekalan makanan selepas bekalan terakhir yang membabitkan 24 kampit beras seberat 10 kilogram setiap satu habis dimasak dengan berlaukkan ikan kering dan sardin.

“Nasib baik bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tiba keesokan harinya yang dihantar dengan helikopter iaitu 60 kampit beras, sardin, gula susu tepung, minyak masak, serbuk kopi, teh dan biskut.

“Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk dari luar Terengganu turut menghulur bantuan seperti air minuman, beras dan pakaian terpakai sebaik saja banjir surut

banjir kali ini amat luar biasa dengan air naik begitu cepat, menyebabkan peneroka tidak sempat menyelamat harta benda mereka.

Banjir kali ini adalah yang terbesar dalam tempoh 49 tahun sejak rancangan kemajuan tanah ini dibuka pada 1964, katanya. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...