Pages

Friday, September 27, 2013

Video - Kanak-Kanak Tunggang Basikal Di Jalan Raya

DI Rio de Janeiro, Brazil, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun menjadikan sebuah jalan raya yang sibuk sebagai ‘taman permainan’nya dengan
menunggang sebuah basikal roda tiga.
Perbuatannya yang dirakam dan dimuat naik di laman YouTube itu mengundang pelbagai komen daripada penonton.
Ada yang mempersoalkan mengapa kenderaan yang melihat aksi kanak-kanak tersebut tidak memberhentikan kenderaan dan membawa dia ke tempat selamat.
Namun, dan ada juga yang memuji aksi beraninya itu.
Kanak-kanak itu juga dilihat begitu gembira apabila basikalnya menuruni jalan yang sedikit curam itu dengan mengangkat tangannya.
Ternyata aksinya tidak berhenti di situ apabila dia sekali lagi naik ke atas jalan dan mengulangi perbuatan nakalnya itu.
Rakaman mengejutkan itu sekaligus mendesak pihak Perkhidmatan Sosial Brazil untuk mengesan ibu-bapa kanak-kanak tersebut bagi memastikan perkara sebegitu tidak berulang lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...