Pages

Thursday, August 22, 2013

Ribuan Mati Diracun Tentera Basyar Di Syria

Syria-565x423Kekalutan Syria tidak reda malah hari ini, berlaku satu tragedi paling dahsyat apabila junta tentera Basyar melepaskan senjata kimia, hingga membunuh ribuan nyawa di Damascus, Syria.

Serangan yang dilepaskan awal pagi tadi (Rabu) menggunakan roket berisi agen toksik itu dilakukan atas alasan bagi menampung kerugian disebabkan pemberontakan penyokong Mursi.

Ia juga dilihat sebagai satu cara membalas dendam dan disifatkan oleh junta tentera, hak mereka bagi melawan penentangan yang diterima.

Walaupun bilangan mangsa yang meninggal dunia dilaporkan ratusan orang, sumber daripada laman web pro Mursi mendedahkan ribuan nyawa telah melayang termasuk kanak-kanak yang tidak berdosa.

Setiausaha Luar UK, William Hague dan Presiden Perancis, Francois Hollande menyatakan mereka akan membawa isu ini kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Menurut Hague, serangan ini mengejutkan kerana ia menjadi bukti penggunaan senjata kimia yang kian berleluasa di Syria.

Sementara itu video-video kejadian yang disebarkan di internet menunjukkan kesan dahsyat senjata kimia ini apabila mangsa terutama kanak-kanak yang diselamatkan sejurus serangan berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

Mangsa yang mati tidak kelihatan lukanya, tiada kesan tembakan malah darah namun mereka mati kerana diracuni kimia.

Semoga Allah segera memberikan kemenangan kepada pihak yang benar di Syria dan membalas kezaliman dilakukan tentera Basyar.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...