Pages

Thursday, August 22, 2013

Profil R4BIA Lambang Solidariti Kutuk Kekejaman

rabiah1-565x557Di laman media sosial seperti Facebook dan Twitter, kian ramai dilihat mula menukar gambar profil atau avatar masing-masing dengan simbol 4 jari dan menggunakan hashtag #R4BIA sejak akhir-akhir ini.

Ia sebenarnya merupakan tanda sokongan kepada saudara seislam di Mesir dan Syria yang sedang melalui kemelut pembantaian oleh junta tentera di negara masing-masing.

Simbol 4 jari ini dilancarkan Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai 17 Ogos lalu sebagai simbolik mengecam serangan kejam tentera Al-Sisi terhadap penyokong Mursi di Ramses Square dan Masjid Fateh sehari sebelumnya.

Serangan ganas terhadap orang awam termasuk perempuan dan kanak-kanak yang tidak bersenjata, dengan sesetengahnya sedang berlindung di masjid dan hospital itu mengorbankan ratusan nyawa dan mencederakan ribuan yang lain dalam sekelip mata.

Ketika melancarkan simbol ini, Erdogan turut menyeru pembelaan terhadap saudara Islam di Syria yang juga sedang dizalimi tentera Basyar.

Angka 4 atau rabi’ah/arba’ah dalam Bahasa Arab merupakan simbol bagi keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan seluruh dunia yang mencintai kebebasan.

Justeru menerusi penggunaan avatar Rabi’ah dan hastag #R4BIA ini, ia boleh diterjemahkankan sebagai satu bentuk solidariti atau lambang peduli bagi umat manusia yang mengutuk kekejaman di Mesir dan Syria sekarang.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...