Pages

Tuesday, August 13, 2013

KELEBIHAN/GANJARAN SOLAT SUNAT SUBUH

398279_10151603449585122_824290121_24544853_1433571922_n (1)Solat Fajar - iaitu solat sunat sebelum Subuh- merupakan solat sunat yang paling banyak pahalanya dibandingkan

solat sunat lainnya. Rasulullah SAW mengistimewakannya dengan pahala yang begitu besar, dengan gambaran yang benar-benar menarikperhatian.
Diriwayatkan dari Sayyidah Aisyah R.A., beliau berkata:
"Tidak ada solat sunat yang lebih diperhatikan Rasulullah SAW selain solat sunat sebelum Subuh"
(HR Al-Bukhari)
Waktu untuk melakukan solat sunat Subuh ialah selepas masuk waktu Subuh, sebelum menunaikan solat fardhu Subuh. Jika dilakukan sebelum Subuh, ia tidak dikira solat sunat Fajar.
Kata Ibn Abdil Barr: "Tidak ada perselisihan daripada amalan baginda SAW, bahawa apabila fajar mula kelihatan, baginda bersolat dua rakaat sebelum solat fardhu Subuh".
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah SAW membaca surah Al-Kafirun pada rakaat pertama dan surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...