Pages

Friday, August 2, 2013

Empat pegawai JAKIM maut dalam kemalangan

Empat pegawai JAKIM maut dalam kemalanganSelepas kita dikejutkan dengan kematian penyerang sensasi hoki negara, Chua Boon Huat, kini giliran empat pegawai JAKIM Sarawak pula menerima nasib sama apabila

kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori balak di Jalan Sri Aman-Betong.
Menurut laporan
Utusan Malaysia, daripada empat pegawai JAKIM yang maut itu, tiga daripadanya adalah wanita. Seorang pegawai agama lelaki yang turut terlibat dalam kejadian itu cedera parah dan kritikal manakala seorang lagi mengalami kecederaan ringan.
Ketika kejadian, kereta Toyota Innova yang dipandu Penolong Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Sarawak, Ibrahim Hailee, 35, dari arah arah Sri Aman menuju Sarikei gagal dikawal lalu bertembung dengan lori balak dari arah bertentangan.
Jurucakap polis memberitahu, lori balak dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun itu, dipercayai telah memasuki laluan bertentangan ketika mengambil selekoh.
Ibrahim meninggal dunia di tempat kejadian. Tiga lagi yang meninggal dunia di lokasi kejadian ialah tiga pegawai wanita, Harliani Hanani, 29; Halimah Hamrie, 30; dan Qurratu Aini Rolfandy, 23.
Penumpang yang cedera parah dan kritikal ialah Fakih Ikhwan manakala seorang lagi, Mohd. Firdaus Ahmat, 23, mengalami cedera ringan.
Kesemua mangsa, masing-masing bertugas di Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Jakim Sarawak.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...