Pages

Tuesday, July 30, 2013

Zahiril Adzim, Mia Sertai Kempen Anti-Dadah

Sebelum ini pastinya anda pernah melihat iklan dikaca televisyen berkenaan kempen kesedaran.
Tahukah anda...
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengorak langkah sekali lagi dalam menangani penularan gejala penyalahgunaan dadah.
AADK mengambil inisiatif dengan membuat beberapa siri iklan berkonsepkan filem pendek dalam memberi penerangan berkenaan kesedaran tersebut.
Bagi menarik kesedaran menerusi iklan, organisasi tersebut telah menggunakan beberapa pelakon terkemuka seperti Zahiril Adzim dan Mia Sarah sebagai watak utama.
Menerusi laman web wecareweserve.org, ia merupakan usaha berterusan AADK untuk memberi pengetahuan dan kesedaran mengenai bahaya dadah kepada ibu bapa dan remaja.
Malah, laman web itu juga menyediakan tip-tip dan panduan berguna untuk membantu pencegahan awal mengenai masalah dadah dalam kalangan keluarga, rakan dan mereka yang tersayang.
Bukan itu sahaja, organisasi tersebut turut menyediakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan secara terbuka kepada semua golongan masyarakat yang mempunyai permasalahan dadah secara percuma, sukarela, tidak melibatkan perundangan, tanpa prasyarat dan maklumat anda juga akan dirahsiakan.
Kepada anda atau ahli keluarga serta rakan-rakan yang memerlukan bantuan tersebut, anda boleh mengunjungi Klinik Cure and Care 1Malaysia dan Cure and Care Service Centre di seluruh negara.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...