Pages

Tuesday, July 30, 2013

Gambar : Pengasas AmBank Group Ditembak Mati Di Tempat Letak Kereta

1cfb7__temPengasas AmBank Group, Hussain Ahmad Najadi ditembak mati di tempat letak kereta pada petang Isnin

Isteri beliau turut ditembak tetapi terselamat.

Insiden itu berlaku pada kira-kira pukul 1.30 petang di tempat letak kereta dekat kuil di Lorong Ceylon di sini.

Menurut polis, Hussain, 75, sedang berjalan menuju ke kenderaannya apabila suspek melepaskan tembakan terhadap beliau dan isterinya yang merupakan rakyat Malaysia.

Beliau ditembak di bahagian dada dan bahagian rusuk kiri, dan mati di tempat kejadian manakala isteri beliau menerima kecederaan di lengan.

Sumber gambar MatKilauPenang

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek memakai kemeja lengan panjang dan berseluar coklat.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa mengesahkanHussain merupakan pengasas AmBank Group.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...