Pages

Tuesday, July 23, 2013

Video: Pasangan Seiras Perbodohkan Media

PASANGAN seiras dengan Putera William dan isterinya, Kate Middleton hampir-hampir membuat kecoh apabila
sekumpulan wartawan terpedaya dengan lakonan mereka yang berlagak seakan-akan kedua figura diraja itu di Hospital St. Mary, semalam.
Pihak media yang memang sudah tersedia menunggu kelahiran cahaya mata sulung pasangan berprofil tinggi itu yang sudah berkumpul di Hospital St. Mary, London di mana Middleton dijangka melahirkan bayinya ternyata tertipu dengan helah pasangan seiras itu.
Media berpusu-pusu lari ke arah pasangan itu yang disangkakan mereka sebagai Will dan Kate.
Kehadiran mereka diiringi dengan sebuah kereta hitam mewah dan kemudiannya mereka turun dari kereta menuju ke pintu masuk hospital itu dengan pengawal peribadi merangkap pemandu mereka.
Mereka kemudiannya berhenti di pintu masuk dan kemudiannya mendedahkan t-shirt dipakai keduanya yang bertulis, “No.1 for royal baby news” sambil disertakan dengan logo tabloid sensasi, The Sun.
Middleton sepatutnya melahirkan bayi perempuannya pada 13 Julai lalu namun sehingga kini dilaporkan masih belum bersalin.
ap_royal_baby_prank_ll_130719_16x9_608

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...