Pages

Wednesday, July 24, 2013

Gempar : Kanye West Bertumbuk Dengan Paparazzi

kanye west bergaduh dengan paparazi 1Penyanyi rap Kanye West didakwa menyerang seorang jurugambar dan cuba merampas kamera milik paparazzi berkenaan ketika

dia tiba di Lapangan terbang di sini, Jumaat lalu.

Penyanyi yang berusia 36 tahun itu, yang baru-baru ini mendapat cahaya mata pertama dikatakan naik angin selepas dikerumuni dengan paparazzi yang cuba menemubual dia.

Biarpun Kanye memberi amaran kepada lelaki berkenaan supaya tidak bertanyakan soalan kepadanya, namun disebabkan lelaki itu tidak mengendahkannya, maka Kanye telah menyerang lelaki tersebut.

Kedua-duanya juga bergelut apabila Kanye cuba merampas kamera daripada lelaki berkenaan, menyebabkan lelaki itu terjatuh.

Kanye kemudiannya terus masuk ke dalam kereta yang sedang menantinya dan berlalu pergi.

Menurut polis, kes ini telah dirujuk ke pejabat pendakwaraya di Los Angeles sementara jurugambar berkenaan yang mendapat kecederaan telah dibawa ke hospital dan dilaporkan mahu mendakwa Kanye atas perbuatannya itu.

Kejadian itu telah dirakamkan oleh lima paparazzi lain.

Kanye ternyata mempunyai sikap yang berbeza dengan teman wanitanya, Kim Kardashian yang juga seorang bintang realiti, yang sentiasa menjadi tumpuan paparazzi.

Malah Kim dan keluarganya pernah membenarkan jurugambar ke dalam rumah mereka ketika rancangan Keeping Up With The Kardashians menjadi hit pada 2007.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...