Arau: Seorang lelaki berusia 20-an ditemui mati dipercayai dibunuh
dengan anggota badannya diikat dalam kedudukan berdiri di atas tangga
sambil kemaluannya sengaja ditunjukkan di kawasan dusun 20 meter dari
jalan utama di Kampung Padang Siding,
Dalam kejadian jam 9.30 pagi, seorang pelajar yang tinggal
berhampiran lokasi kejadian Muhammad Anas Khamis, 21, mendakwa
diberitahu orang ramai mengenai penemuan mayat dalam keadaan mengaibkan.
Difahamkan, mayat yang dibunuh dengan cara dilemaskan di dalam air
itu sengaja diaibkan dalam keadaan sedemikian dipercayai bermotifkan
dendam akibat perempuan.
Muhammad Anas berkata, ketika itu dia
berada di rumah sebelum orang yang lalu lalang di jalan utama
memberitahu keluarganya mengenai penemuan mayat itu di lokasi kejadian
yang juga dusun milik datuknya Abdullah Jusoh, 70.
“Menurut mereka, pada mulanya sangkaan mereka ialah ia hanya
patung diletakkan bagi menghalau binatang memakan buah-buahan di situ,
namun sebaliknya ia adalah mayat lelaki yang diikat di tangga dengan
mulut, tangan, kaki serta matanya juga diikat kain hitam.
No comments:
Post a Comment