Pages

Friday, July 26, 2013

‘Spiderman’ berdikari

xfrontpage.jpg,qhm.pagespeed.ic.h-6X7OTjlUKuantan: “Saya mengambil keputusan berhenti sekolah kerana mahu membantu keluarga. Biarlah gaji setiap bulan kecil asalkan kerja halal,

” kata Mohd Nor Syukri Yusof, 17, yang pernah digelar ‘hantu bungkus’ dan ‘Spiderman’ kerana memakai topeng selepas sebahagian kulit mukanya melecur akibat disambar api ketika rumah mereka di Kampung Peramu,  terbakar pada 2001.

Selepas 13 tahun kejadian itu, kini kehidupan Mohd Nor Syukri tidak lagi dibelenggu ejekan kerana sering memakai topeng, sebaliknya masalah kewangan memaksa dia hidup berdikari.

Adiknya, Mohd Nor Syafuan, 15, yang turut melecur dalam kejadian itu kini belajar di SK Saint Thomas, di sini dan menjadi harapan keluarga untuk mengubah nasib mereka selepas abangnya berhenti sekolah.
Mohd Nor Syukri berkata, keputusan berhenti sekolah dibuat bukan kerana dia tidak minat belajar, tetapi disebabkan gangguan di telinga kiri yang sering berdenyut, sekali gus sukar untuk fokus pada pelajaran.

Foto

PARUT di muka Mohd Nor.

Katanya, selepas berhenti di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Panching, dia dihantar ibu, Azizah Dollah, 54, belajar di Sekolah Pondok Maahad Tahfiz Darul Quran, di Machang, Kelantan.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...