Pages

Sunday, July 14, 2013

NGERI! NAHAS HELIKOPTER DI DAMANSARA PADA TAHUN 1997

Masih ingatkah anda dengan satu tragedi ngeri yang mengorbankan 3 orang krew helikopter yang terlibat dengan nahas selepas helikopter tersebut tiba-tiba hilang kawalan
sewaktu membuat kerja pemasangan di menara telekomunikasi.Video yang kami kongsikan di atas ini, adalah sebahagian rakaman yang diambil dari tv3. Namun dipercayai terdapat edisi video penuh yang memapaparkan tragedi ini yang cukup mengerikan.
Tragedi itu berlaku ketika kerja-kerja pemasangan sebuah menara pemancar telekomunikasi di atas sebuah bangunan. Helikopter terbabit digunakan untuk mengangkat sebahagian daripada struktur menara dan dalam kejadian tersebut, kesemua 3 orang krew helikopter terbabit terbunuh setelah helikopter itu jatuh terhempas setelah ia tidak stabil di udara.
Dan lebih menyayatkan hati ialah apabila helikopter itu turut menghempas seorang perempuan warga Indonesia yang sedang sarat mengandung  beserta seorang anak kecilnya yang berusia dua tahun ketika itu kebetulan sedang melalui kawasan tersebut.
Dipercayai mereka dalam perjalanan pulang dari hospital ke rumah pekerja pembinaan yang terletak berhampiran.





Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...