Pages

Tuesday, July 23, 2013

Kisah Sebenar Ibu Tinggalkan Anak Dalam Kereta

Kisah Sebenar Ibu Tinggalkan Anak Dalam KeretaKisah tragis, seorang ibu yang juga seorang guru tertinggal anak didalam kereta selama 5 jam sehingga anaknya maut

membuatkan kita tersentak pilu,sedih dan rasa simpati dengan apa yang berlaku. Ikuti kisah yang kami temui di laman sosial Facebook.

Bebanan dan tugas yang ditanggung oleh para guru masa kini sangat berat. Kami 'yang menurut perintah' ini terlalu memikirkan urusan kerja yang tak pernah surut sehinggakn kekadang keluarga dan rumahtangga terabai.

Semalam, seorang rakan kami yang mengajar di smk usj4, Subang Jaya telah kehilangan seorang anak berumur 3 Thn yang lemas di dalam kereta.

"Sedih bila bayangkan bagaimana Anak kecil tu meninggalkan dunia ini. Dapat massage dari kawan area sana tadi. Sekadar berkongsi cerita benar yang berlaku... Tadi ada berita sedih tentang guru di SMK USJ4, kerana kematian anak yg baru berumur 2 tahun..

Sebab kematian ini berlaku daalm keadaan yang menyayat hati... Alkisah cerita ni berlaku petang semalam. Cuaca semalam area subang jaya ni cerah, dan matahari panas smpai ke petang. Alkisahnya, Si cikgu ni mengajar di sesi petang. Oleh kerana ada mesyuarat e-hrmis dan e- apa-apa lagi tu, cikgu ni keluar awal drp biasa krn perlu hadiri meeting.

Suami cikgu ni outstation, maka memanglah kelam kabut. Cikgu ni angkat anak yang masih tidur, ke kereta. Anak kecil itu dibaringkan di tempat duduk belakang. Anak itu biasanya akan dihantar ke rumah pengasuh sebelum ke sekolah. Malangnya, entah macamana, sbb kepala dok ingat tentang kerja-kerja di sekolah, dan meeting yang akan dihadiri, cikgu ni tadi terlupa nak hantar anak dia ke tempat pengasuh seperti sepatutnya.

Sampai saja di sekolah, cikgu tu lupakan anak dia masih di dalam kereta. Dia matikan enjin dan kunci kereta, terus tinggalkan anak di dalam kereta sndiri.. Bayangkan anak itu ditinggalkan pd cuaca panas , dan tidak buka tingkap. Apa yang akan terjadi??

Tapi, yg sedihnya Cikgu tu terus terlupa anaknya yang masih dalam kereta, dan dia teruskan kerja seperti biasa. Sehingga ke petang jam 5 lebih masa nak balik, cikgu tu terus ke kereta. Terkejut, tengok anaknya ada dalam kereta. Baru dia teringat, dia lupa hntar anak ke rumah pengasuh.

Tapi, yg lbh menyayat hati, anaknya ditemui sudah tidak bernyawa lagi. Bajunya dikoyak-koyak mungkin sbb kepanasan. Sudah terkencing dan terberak. Teddy bear yg dipegangnya pun basah kuyup sbb peluh dan air mata.. Masya-Allah, siapa sangka anak kecil itu mengakhiri nyawanya sebegitu

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...