Pages

Sunday, July 21, 2013

Ditemui Maut Dengan Tembakan Di Kepala

tembak1Misteri penemuan sebuah kereta mencurigakan di bahu jalan oleh sepasukan polis akhirnya terjawab apabila

seorang lelaki ditemui mati dipercayai ditembak dalam kejadian bunuh di Jalan Gula, Simpat Empat Semanggol, di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, polis menerima maklumat awam mengenai penemuan sebuah kereta jenis Proton Waja yang mencurigakan diletakkan di bahu jalan sejak malam kelmarin.

Menurutnya, sepasukan polis pencegahan jenayah dan sekatan jalan raya bergerak segera meninjau lokasi aduan yang terletak berdekatan sebuah ladang kelapa sawit dan mendapati kereta jenis Proton Waja bernombor pendaftaran Pulau Pinang ditinggalkan di tepi jalan dengan keadaan enjin dimatikan.

“Setelah siasatan ke atas kereta dilakukan, salah seorang anggota kita menemui seorang lelaki berada di tempat duduk belakang dengan keadaan tidak bernyawa dipercayai ditembak di bahagian kepala.

“Kita turut menemui dua kelongsong peluru kosong daripada pistol jenis 9mm dipercayai digunakan suspek untuk membunuh mangsa,” katanya sewaktu ditemui media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian di Bagan Serai, semalam.

Mat Fauzi berkata, selain kelongsong peluru, pihaknya turut menemui satu beg kain berzip milik mangsa dan menjumpai sepekat plastik lut sinar dipercayai mengandungi dadah jenis syabu.

Menurutnya, berdasarkan siasatan, kandungan dadah jenis syabu yang ditemui seberat dua gram diletakkan bersama sebuah beg pakaian berisi baju.

“Identiti sebenar mangsa masih tidak dikenal pasti berikutan kad pengenalan mangsa tidak ditemui. Bagaimanapun, kita menganggarkan umur mangsa lingkungan 30an.

“Kita tidak menolak kemungkinan mangsa ditembak sewaktu berada di dalam kereta berdasarkan kedudukan tubuh mangsa ketika ditemui dan motif jenayah masih dalam siasatan,” katanya.

Mat Fauzi berkata, siasatan polis turut mendapati nombor plat kenderaan dinaiki mangsa dilaporkan hilang di Puchong, Kuala Lumpur pada bulan Julai tahun lalu.

Menurutnya, pemilik sebenar kenderaan itu merupakan seorang lelaki Melayu dan berkemungkinan besar bukan milik mangsa memandangkan mangsa berbangsa India.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...