Pages

Sunday, July 21, 2013

Tunjuk aksi sampai mati

xpix_gal1.pagespeed.ic.z5qKygGIUsGeorgetown: Aksi sekumpulan mat rempit menunjukkan lagak di jalan raya berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka maut

dalam kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi, Muhamad Nor Faiz Khan, 16, maut di lokasi kejadian selepas cedera teruk di kepala dan badan apabila motosikal ditunggangnya merempuh belakang kereta.

Lebih menyayat hati apabila kejadian berlaku kurang 100 meter dari rumahnya di Flet Mutiara Idaman, di sini, malah beberapa rakan mangsa meninggalkannya sejurus kemalangan berlaku.
Menurut sumber, sebelum kejadian, kumpulan remaja bermotosikal terbabit cuba menunjukkan lagak mereka dengan menunggang secara berbahaya di sekitar kawasan itu.

Foto

MUHAMAD Nor maut di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, semalam.

“Ketika itu, polis mengarahkan mereka beredar, tetapi kumpulan remaja berkenaan berdegil dan masih mahu menunjukkan aksi lagak ngeri.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...