Pages

Friday, June 21, 2013

Yuna Enggan Komen Hubungan Cintanya

Yuna1Dan sebenarnya petang ini Yuna akan berhubungan secara langsung bersama para media di Malaysia menerusi Skype untuk

satu sidang akhbar berkaitan konsert beliau di Istana Budaya selepas Aidilfitri nanti.

Menyedari yang kisah percintaan beliau & Julian Schratter telah sampai ke pengetahuan media juga para peminat, Yuna memberi gambaran awal yang beliau tidak akan menjawab sebarang soalan peribadi.

Menerusi akaun Twitter rasmi beliau, Yuna menulis beliau sudah belajar untuk berkata tidak kepada sebarang soalan peribadi dan berharap semua pihak bersedia untuk menerima jawapan beliau itu.

“I’ve learned how to say ‘So sorry, that’s a private matter. I can’t answer that’ to all private questions’ so well, I hope people are ready,” ujar Yuna.

Yuna turut menampilkan Julian Schratter dalam video muzik terbaru beliau, I Wanna Go yang merupakan single pertama sejak bernaung di bawah The Verve Music Group.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...