Pages

Friday, June 21, 2013

Najib sahkan pertunangan Shah Jaszle dan puteri putus 10 Jun lalu

Farah (1)Walaupun usaha demi usaha dibuat oleh Shah Jaszle and ibunya, Zaleha untuk menyangkal dakwaan kononnya ikatan pertunangan dengan Redzwani Puteri masih belum putus, namun

kini semuanya hanya sia-sia apabila abang kepada tunang Shah Jaszle, Redzwan Najib tampil mengesahkan pertunangan mereka sah putus sejak 10 Jun lalu. Pengesahan ini dibuat sendiri oleh Redzwan Najib ketika ditemubual wartawan Berita Harian semalam.

"Saya mewakili kedua-dua ibu bapa mengesahkan pertunangan Puteri dengan pelakon itu telah diputuskan 10 Jun lalu. Pertemuan itu hanya membabitkan ibu bapa saya dengan keluarga Shahz. Pada malam berkenaan, keluarga saya telah memulangkan dua bentuk cincin. Keluarga mereka ada merayu kepada kedua ibu bapa saya supaya menangguhkan hasrat itu sehingga kes mahkamah selesai, tetapi bapa tidak mahu mempunyai sebarang ikatan dengan pelakon itu lagi."

Menurut Najib, bapanya telah ke pejabat JAIS dan membaca kenyataan Shahz berhubung penangkapan tersebut. Najib turut ada bersama ketika Shahz bersemuka dengan Farah di sebuah restoran di Bangsar Utama dan memberitahu yang Shahz ada merayu kepadanya agar kisah putus tunang beliau dan Puteri tidak dihebahkan kepada media, dipetik dari laman Seterusnya beliau menambah bahawa sebarang usaha untuk memulihkan hubungan antara adiknya dan Shahz tidak akan terjadi dan keluarga Redzwani sepakat bahawa mereka tidak mahu hubungan tersebut terjalin semula.
Menurut Najib lagi, dia ada bertanya pada Redzwani tentang status Twitter adiknya itu yang membayangkan seolah-olah mereka masih bersama, dan Redzwani memberitahu bahawa status itu ditulis oleh Shahz sendiri yang menceroboh ke Twitternya kerana dia mengetahui kata laluan akaun Twitter Redzwani.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...