Pages

Friday, June 21, 2013

Tatu Inai Di Badan Suami Hani Dah Tanggal

Hani-1-565x565Tanggal 8 Jun lalu pengacara dan pelakon jelita, Yasmin Hani telah terbang ke Bali, Indonesia bersama

suami tercinta, Shaarin Razali.

Sepanjang berada di Bali, Yasmin Hani telah sempat berkongsi beberapa foto menariknya menerusi laman Instagram dan melalui foto-foto berkenaan, terdapat sekeping gambar yang menunjukkan suaminya sedang membuat lukisan tatu di bahagian lengan berserta caption berbunyi :

I think i can draw better.. Hahahahaaaaa thx Made Jeffry..

Foto tersebut bagaimanapun telah mendapat pelbagai kritikan serta respon peminat, sehingga ada yang mempertikaikan budaya dan agama suami pelakon itu.

Hani

Lukisan tatu inai di lengan suami Yasmin Hani

Bagi menjawab segala kritikan tersebut, dramatis ini telah membalas kata-kata peminat dengan kenyataan berbunyi,

“Salam… Tatto di badan dah pun tanggal semuanya.. Mudah sangat ditanggal.. Saya sendiri pun tak berani sgt nak tegur org. Kalau saya nak tegur saya buat cara private. Wasalam.. Oh one more thing, i pun tak berapa faham sebenarnya, kenapa tok kadi tak tegur sesiapa lelaki yg nak kahwin tak boleh pakai inai ataupun masa kursus nikah tiada satu ustaz ataupun ustazah yg melarang si suami memakai inai??? Hmmm hairan juga saya.

Kerana kita kurang ilmu, mereka pula memberi.. Tapi tidak diterangkan pula masa kursus mahupun masa akad”.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...