Pages

Friday, June 21, 2013

Gempar: Kerana David Beckham, Lima Cedera Dalam Rempuhan Beckham

lelaki pengsan dirempuhSHANGHAI - Lawatan bintang bola sepak, David Beckham ke China terganggu semalam selepas

sekurang-kurangnya lima orang cedera dalam insiden rempuhan apabila peminat berasak-asak untuk melihat selebriti tersebut, lapor media tempatan.

Akhbar tempatan, Xinmin Evening News melaporkan, beratus-ratus pelajar dan penonton berkejar ke padang stadium bola sepak di Universiti Tongji di sini untuk melihat pemain ternama itu.

"Hampir 1,000 penonton bergegas menuju ke pintu pagar yang dibuka secara serentak sehingga menyebabkan rempuhan berlaku," lapor akhbar berkenaan.

Seorang jurugambar agensi berita AFP melihat seorang wanita muda cedera di kaki manakala seorang anggota polis wanita mengalami pendarahan di hidung dan mulut dalam insiden tersebut.

Acara itu dibatalkan susulan kekecohan tersebut.

Beckham dijadualkan bermain bersama kelab bola sepak universiti berkenaan dan pasukan muda sebuah kelab bola sepak tempatan.

Beckham melawat bandar raya ini sebagai duta Liga Super China (CSL) dalam usaha persatuan bola sepak negara itu meningkatkan imej sukan bola sepak di China

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...