Pelakon drama ‘Karlos’ yang sedang hangat disiarkan di TV3 iaitu Johan As’ari kini sedang dalam proses melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihan hatinya dipenghujung tahun ini
.Johan mengakui bahawa dia tertarik untuk berkawan dengan gadis tersebut apabila dia sering diingatkan tentang solat, malah Johan juga menepis segala gosip yang mengaitkan dia dengan artis Emma Maembong dan menganggap hubungan mereka hanya sekadar kawan biasa.“Sebenarnya, perkara ini saya tak boleh cerita sangat kerana kini saya masih mengenali hati budi si dia dan saya telah berjanji dengan pihak keluarganya. Tapi saya meletakkan sasaran untuk bertunang hujung tahun ini,” jelas Johan yang masih mahu merahsiakan identiti gadis yang telah menambat hatinya itu.“Apa yang membuatkan saya tertarik dengan dirinya adalah kerana dia suka dan senang dengan personaliti saya, begitu juga sebaliknya. Lebih memikat hati saya ialah, apabila dia suka mengingatkan saya tentang waktu solat. Apabila sudah terbiasa, lama kelamaan kami sering ingat mengingati antara satu sama lain. Kami suka berkawan antara satu sama lain dan selebihnya saya serahkan pada Yang Maha Esa.“Saya dan Emma hanya sekadar teman rapat kerana kami berada di bawah syarikat pengurusan yang sama,” jelas Johan.
Johan kini sedang giat menjalani penggambaran bagi filem terbaru terbitan Grand Brilliance yang bertajuk ‘Tujuh’. Membawakan watak sebagai Sam, Johan menyatakan yang dia perlu menghidupkan watak sebagai seorang pemimpin pelajar pada tahun 1977.
Berikut video daripada akaun Keek Johan As’ari dimana beliau sedang mengaji di dalam kereta. Respect dengan Johan, walaupun masuk dalam industri hiburan tapi dia tak mudah lupa asal usul dan jati dirinya.
No comments:
Post a Comment