Pages

Friday, June 14, 2013

Artis dikatakan hamil, tapi menafikannya.. 'itu hanya kesan teknik kamera'

______270121_171771829636010_1605006624KHABAR angin yang mengatakan penyanyi Avril Lavinge mengandung bukan kali pertama kedengaran

. Sekeping gambar penyanyi rock ini sewaktu dia muncul dalam keadaan perutnya yang sedikit besar di London baru-baru ini, kembali menghangatkan cerita yang sama. Seperti dilapor E! Online, Avril dikatakan muncul di London dengan badan yang kelihatan agak berisi. Memakai pakaian bercorak kulit ular sawa, dipadankan dengan jaket kulit hitam dan solekan tebal pada bahagian matanya, imej yang tidak boleh dipisahkan dengannya.

Namun ketika diminta mengulas tentang kehamilannya itu, Avril terus menafikannya. Perut buncit itu katanya biasa sahaja kerana kesan teknik kamera atau disebabkan oleh hal lain dan yang pastinya bukan disebabkan mengandung. Mei lalu, Avril mengumumkan dia akan berkahwin dengan kekasih hatinya, Chad Kroeger. Pasangan ini dikatakan bakal bernikah dalam suasana penuh hebat dan meriah. "Apa yang penting, ia sesuatu yang hebat dan bakal dikenang," kata Lavinge mengenai majlis pernikahan yang bakal diadakan nanti.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...