Pages

Thursday, June 20, 2013

Shah Jaszle, Redzwani Puteri Ismail Putus Tunang!

2013-06-20_131254Isu khalwat yang melibatkan aktor ShahzJaszle atau Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin dengan

Farah Nurrizati Salleh, 21, nampaknya masih belum ada penyelesaiannya.
Dan, ia membuatkan penulis sebelum ini tertanya-tanya apa yang bakal berlaku dengan tunang Shah Jaszle, Redzwani Puteri Ismail, 25, yang juag seorang pelajar jurusan perubatan.
Namun, dalam laporan Berita Harian hari ini, pihak keluarga Redzwani nampaknya telah menghubungi akhbar harian arus perdana itu untuk mengesahkan bahawa Redzwani dengan Shahz Jaszle sudah pun putus tunang.
Pertunangan di antara mereka putus sejak 10 hari yang lalu di mana ianya telah telah diputuskan sendiri oleh keluarga Redzwani.
Difahamkan, ibu bapa Redzwani turut memulangkan dua bentuk cincin, iaitu sebentuk cincin belah rotan serta sebentuk cincin berlian sebagai tanda putusnya ikatan pertunangan yang diikat pada 8 Disember tahun lalu.
Keluarga Redzwani dikatakan bertindak sedemikain setelah meliaht sendiri kenyataan yang diberikan Shah kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Pun begitu, pihak lelaki sebolehnya mahu merahsiakan tentang berita putus tunang tersebut

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...