Pages

Thursday, June 20, 2013

Chef Nigella Lawson Dicekik Suami

Chef-Nigella-Lawson-565x444Suami kepada chef selebriti terkenal Nigella Lawson, Charles Saatchi mengakui mencekik leher isterinya ketika mereka sedang

menjamu selera di sebuah restoran, baru-baru ini.

Menurut sumber Mirrors, pasangan terbabit dilaporkan bergaduh kecil di kawasan tumpuan umum tersebut apabila Lawson dilihat menangis sambil mengelap tangisannya dengan menggunakan napkin.

Kesemua gambar-gambar kontroversi itu telah ditangkap oleh paparazzi yang sentiasa memantau pergerakkan chef terkenal tersebut.

Bagaimanapun, Saatchi mengatakan perbuatan mencekik isterinya itu bukan bertujuan untuk mencederakan Lawson sebaliknya hanya memegang leher isterinya ketika mereka sedang berbincang mengenai hal anak-anak mereka.

“Lawson menangis kerana kami tidak suka bertengkar, bukan disebabkan dia dicederakan. Kami sudah berbaik ketika dalam perjalanan balik ke rumah,” katanya.

Chef Nigella Lawson 1

Chef Nigella Lawson 2

Chef Nigella Lawson 4

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...