Pages

Saturday, June 8, 2013

Selesai Kahwin, Izzue Islam Sambut Harilahir Ke 23

Selesai Kahwin, Izzue Islam Sambut Harilahir Ke 23 -1 Masih hangat lagi majlis perkahwinan Izzue Islam dan Awin pada hujung minggu lalu, terbaru menerusi portal Gua, pengantin baru itu sekali lagi diraikan dalam satu majlis meriah

yang diadakan di Menara Kuala Lumpur pada Selasa. Bagaimanapun, majlis kali ini bertujuan untuk meraikan hari jadinya yang ke 23 yang jatuh pada 2 Jun lalu.

Tidak dinafikan hari jadinya Izzue pada tahun ini merupakan hari yang paling bermakna baginya kerana pada tarikh yang sama dia memilih untuk melangsungkan perkahwinannya dengan Awin Nurin yang juga merupakan pengurus peribadinya.
“Pada tahun ini saya mendapat hadiah yang paling bermakna dalam hidup kerana pada tarikh itu saya diijabkabulkan dengan isteri. Saya sengaja memilih tarikh 2 Jun kerana mahu melakarkan sejarah dan mahu menjadikan tarikh tersebut lebih bermakna,” ujar Izzue ketika ditemui di majlis hari jadinya, semalam.

Selesai Kahwin, Izzue Islam Sambut Harilahir Ke 23

Majlis sambutan hari jadi pelakon dan penyanyi itu diadakan secara tertutup dan eksklusif kepada 20 peminat bertuah terawal yang mendaftar untuk bercuti dengan Izzue pada hujung tahun ini. Izzue akan bercuti bersama peminat ke Disneyland, Hong Kong dan Macau anjuran SAFIRgotravel.com.
Selain itu, tetamu yang hadir turut dihiburkan oleh kumpulan Forteen yang turut dianggotai oleh Izzue sendiri menerusi lagu 'Kita' yang merupakan single terbaru mereka. Ameer, One and Ariz turut hadir di perkahwinan Izzue dan Awin pada Ahad lepas serta turut membuat persembahan sebagai tanda meraikan hari bahagia rakan mereka.
Tidak ketinggalan, Kumpulan nasyid, Nowseeheart yang menyampaikan lagu 'Ku Harap Cinta'. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa salah seorang ahli kumpulan tersebut, Azahari merupakan abang ipar kepada Awin.

Selesai Kahwin, Izzue Islam Sambut Harilahir Ke 23

Sebagai tanda penghargaan kepada peminat-peminat yang menyokong kerjaya seninya, Izzue turut menyanyi sambil bermain gitar bersama Syazwan Zulkifly yang merupakan gandingannya untuk drama bersiri 'Bunga Merah Punya'.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...