Pages

Monday, June 17, 2013

Perempuan Yang Ditangkap Khalwat Bersama Shah Jaszle Bagi Penjelasan

Menerusi Melodi yang disiarkan di TV3 tengahari tadi, wanita yang ditangkap khalwat dengan pelakon lelaki tersebut telah tampil dengan beberapa pengakuan
kepada wartawan Melodi, Zuan Azmi bagi menyangkal dakwaan pelakon tersebut yang dirinya diperangkap:-

“Semua orang dah tahu pasal kes seorang pelakon lelaki yang ditangkap khalwat. Dan wanita yang ditangkap khalwat dengan dia ialah saya.”
Wanita itu memberitahu yang perbuatan mereka sudah diintip selama dua minggu:-
“Ini bukanlah satu perangkap. Tak ada siapa pun yang nak perangkap dia. JAIS tidak akan tangkap (khalwat) satu jam selepas dapat maklumat. Mereka mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk melakukan intipan, baru buat serbuan.”
“Kami telah diintip. Dia cakap jangan beritahu apa-apa tentang kami, hanya cerita yang ada lima orang di rumah dan saya sedang bersihkan baju konti manakala dia tertidur dalam bilik. Kalau tidur takkan dalam keadaan macam itu? Takkan JAIS akan umumkan ia sebagai kes khalwat?”
Tambah wanita itu lagi mereka tinggal bersama selama beberapa minggu dan pelakon itu bersamanya hampir setiap waktu untuk tempoh hampir sebulan, dan hubungannya dengan si pelakon ialah sebagai pasangan kekasih. Wanita itu sering menemani pelakon tersebut di set penggambaran dari malam sehingga ke pagi dan si pelakon hanya akan pulang ke rumah sekali atau dua kali dalam seminggu.
Ditanya sama ada dia dijanjikan sesuatu oleh pelakon itu supaya menjalinkan hubungan dengannya walaupun wanita itu tahu dia sudah bertunang, wanita itu memberitahu:-
“Ayat manis tu sudah tentu, tapi hanya satu saja yang saya pegang sampai sekarang. Sama ada dia sudah bertunang atau tidak bukan alasan untuk kami tidak menjalinkan hubungan. Dia rasa sangat terpaksa bertunang di atas kehendak keluarga.”
Ujar wanita itu lagi, sudah banyak perkara yang mereka lakukan bersama, namun kini pelakon lelaki itu menafikan hubungan mereka.
“Dia cuba lepas tangan, menafikan semua yang terjadi. Tak apalah, saya ada bukti semua. Saya datang untuk menceritakan hal sebenar kepada masyarakat dan mempertahankan maruah saya. Saya tiada niat langsung untuk menjatuhkan karier dia, tetapi dengan cara dia yang begitu, saya terpaksa.  Dia langsung tidak ada rasa tanggungjawab, dan hanya mahu melepaskan diri saja.”
Dia turut memberitahu yang dia dipinggirkan selepas mereka ditangkap khalwat:-
“Selepas kes ini terjadi dia pernah kata tidak akan tinggalkan saya dan akan cuba membersihkan semua ini untuk kami. Tapi dia diam saja dan saya tidak berjumpa dia sehingga sekarang.”
Wanita itu mengakhiri perbualan dengan mengingatkan wanita lain agar tidak tertipu dengan ayat manis pelakon lelaki tersebut.
Sumber













No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...