Pages

Monday, June 17, 2013

Honda City Terbenam 6 Meter Akibat Ribut Di Penang

Honda City Terbenam Sedalam 6 Meter Akibat Ribut Di Penang (1)Para pekerja pembersihan terkejut apabila menemui serpihan kereta yang dipercayai jenis  Honda City berwarna gelap terbenam di bawah

konkrit yang menghempas jalan raya membentuk kawah berikutan runtuhan penebat kilat di Menara UMNO, Penang.Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Ismail Mohd Zain berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan itu kira-kira jam 5.20 petang ini.
Tambahnya lagi, pekerja pembersihan menjumpai bahagian depan kereta itu dan enjin yang mempunyai nombor casis.
Untuk info, sebelum ini, pihak polis menerima satu laporan mengenai seorang lelaki berusia 44 yang dipercayai hilang pada hari kejadian berlaku ribut dan runtuhan rod penebat kilat menara UMNO, di Jalan Macalister, Khamis lalu.

Honda City Terbenam Sedalam 6 Meter Akibat Ribut Di Penang

Difahamkan, lelaki itu juga menaiki kereta jenis yang sama pada masa kejadian. Keluarga mangsa turut berada dilokasi kejadian menunggu kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang diteruskan sehingga kini.
Difahamkan, masa kejadian mangsa dalam perjalanan untuk membawa anaknya pulang dari sebuah sekolah dekat situ. Mangsa dipercayai tidak pulang dan dipercayai hilang selepas hari kejadian.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...