Pages

Tuesday, June 11, 2013

Pemandu Lelaki Kereta Api Pakai Skirt

Pemandu-565x318 (1)Stockholm – Pemandu lelaki kereta api di Sweden menemui cara baru bagi menangani larangan berseluar pendek pada musim panas dengan

memakai skirt.

Pemandu laluan Roslagsbanan di utara Stockholm diperlukan memakai seluar panjang atau skirt untuk bekerja. Akibatnya, puluhan pekerja memakai skirt untuk lebih selesa ketika bekerja sepanjang musim panas apabila suhu di dalam kabin meningkat sehingga 35 darjah celsius.

Syarikat kereta api Arriva berkata, mereka tiada masalah dengan lelaki memakai skirt.

“Pada pendapat kami, pemandu perlu kelihatan sopan apabila mewakili Arriva dan pakaian sedia ada menggambarkannya.

“Jika pemandu lelaki mahu memakai skirt, biarkan saja,” kata pengurus komunikasi Arriva, Tomas Hedenius kepada akhbar tempatan, Mitt I.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...