Pages

Tuesday, June 11, 2013

Penduduk Jerman Hadapi Banjir Terburuk

JermanMAGDEBURG – Beribu-ribu petugas kecemasan, anggota tentera dan sukarelawan di Jerman semalam bertungkus lumus menghadapi banjir yang

dianggap terburuk pernah melanda tengah Eropah sejak sedekad lalu.

Bencana alam itu memaksa perpindahan besar-besaran dilakukan dengan seorang ahli politik menyifatkannya sebagai malapetaka nasional.

Tumpuan kini diberikan pada bandar ini di timur Jerman yang ditenggelami air sungai Elbe.

Paras air sungai yang mengalir dari Republik Czech itu meningkat dengan mendadak susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Setakat pagi semalam, paras air sungai Magdeburg mencecah 7.45 meter sekali gus melepasi paras biasa dua meter.

Pihak berkuasa tempatan memberitahu, keadaan tersebut jauh lebih teruk berbanding banjir besar yang pernah melanda rantau berkenaan pada 2002.

Hampir 3,000 penduduk daerah Rothensee di sini telah dipindahkan ekoran kediaman mereka ditenggelami air bah.

Beratus-ratus anggota tentera pula bertungkus lumus mengukuhkan benteng sebuah terusan di sini bagi menghalang air sungai daripada membanjiri janakuasa elektrik sekali gus menyebabkan bekalan elektrik terputus.

Sekitar 8,000 penduduk bandar Aken dekat sini dipindahkan ke lokasi selamat menggunakan sejumlah kereta perisai dan ambulans.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Jerman, Joachim Gauck dijadualkan melawat dua negeri yang dilanda banjir iaitu Saxony dan Saxony-Anhalt lewat semalam.

Sementara itu di Hungary, pekerja-pekerja bertungkus lumus mengukuhkan tebing beberapa terusan di ibu kota negara berkenaan, Budapest, dalam persediaan menghadapi banjir.

Pihak berkuasa meramalkan Sungai Danube yang mengalir merentasi Budapest akan mencatat paras tertingginya semalam.

Setakat ini, berpuluh-puluh ribu orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka dengan sekurang-kurangnya 18 orang terkorban akibat banjir yang melanda Jerman, Austria, Slovakia, Poland dan Republik Czech sejak seminggu lalu. –

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...