Pages

Wednesday, June 19, 2013

Jupe Tunai Nazar Pergi 7 Masjid

Jupe-565x349Pelakon dan penyanyi dangdut sensasi Indonesia, Julia Perez atau nama timangannya Jupe akhirnya dibebaskan semalam setelah menjalani hukuman penjara

selama tiga bulan di Rumah Tahanan (Rutan) Pondok Bambu, Jakarta Timur.

Dia yang dihukum penjara kerana didapati bersalah mencederakan penyanyi dangdut Dewi Persik di lokasi penggambaran filem Arwah Goyang Kerawang pada 2010 dilihat keluar dengan pakaian glamor berwarna merah ala pramugari yang ditempah khas untuk dipakai pada hari pembebasannya itu.

Setelah dibebaskan, Jupe terus singgah ke tujuh buah masjid untuk menunaikan nazarnya dengan menyampaikan sumbangan berupa senaskhah Al-Quran. Kedatangannya disambut pengurus masjid dengan alunan selawat.

Pembebasan Jupe juga dinantikan panitia Festival Filem Bandung (FFB) bersama trofi anugerah Pelakon Wanita Utama Terpuji FFB yang tidak sempat diterimanya sebelum ini. Selesai semua urusan, destinasi Jupe adalah bertemu kekasih yang juga pemain bola sepak Indonesia, Gaston Castano.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...